LOGO SMKP7(F)

LOGO SMKP7(F)

Arkib Blog

JOM SEMBANG PSS

Bahasa

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

STATISTIK PELAWAT

LAWATAN KE TV3 DAN KARANGKRAF OLEH PUSAT SUMBER SEKOLAH 2008

Dicatat oleh PSS SMK PALONG 7 (F) On 3:33 PTG



LAWATAN KE KARANGKRAF, SHAH ALAM.



LAWATAN KE TV3, SERI PENTAS

Pada 21/10/2008 PSS SMK Palong 7 (F) telah membuat lawatan sambil belajar ke TV3, Seri Pentas dan Karangkraf, Shah Alam. Seramai 40 orang pelajar dengan diiringi 3 orang guru iaitu Cikgu Sadini, Cikgu Kartini dan Cikgu Zarina.

Category : edit post

MATLAMAT SEKOLAH

Dicatat oleh PSS SMK PALONG 7 (F) On 11:56 PG

  1. Memartabatkan pelajar ke tahap yang lebih gemilang melalui corak pendidikan yang berkesan dan berkualiti.
  2. Menggerakkan secara kolektif di samping meningkatkan martabat profesion perguruan dengan menanam kesedaran di kalangan pendidik.
  3. Sentiasa menilai pencapaian diri dan kelemahan sendiri sebelum dapat melakukan anjakan paradigma yang sewajarnya.
  4. Berusaha menghidup suburkan pembudayaan ilmu dikalangan pelajar.
  5. Menanam iltizam ke arah mencapai pendidikan yang berkualiti dikalangan para pelajar.
  6. Menghidup suburkan amalan dan pengetahuan agama sebagai benteng menangkis segala cabaran mendatang.

Category : edit post

PIAGAM SEKOLAH

Dicatat oleh PSS SMK PALONG 7 (F) On 11:49 PG

Kami, guru-guru SMKPT berhasrat menumpukan sepenuh tenaga dan masa, mendidik pelajar-pelajar ke arah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah bagi memenuhi matlamat Negara. Ke arah mencapai kegemilangan matlamat ini kami akan :

1. Menggunakan pengalaman dan kepakaran kami untuk kejayaan pelajar,
2. Mengutamakn kaedah dan teknologi terkini dalam pendidikan. 3. Melahirkan masyarakat pelajar yang berkemahiran dan mempunyai kepakaran yang tinggi,
4. Membentuk budaya ilmu, budaya cemerlang dan hidup bernilai di kalangan pelajar
5. Menyediakan pelajar berwawasan serta boleh menghadapi cabaran masa hadapan,
6. Mendidik pelajar berpegang teguh kepada ajaran agama dan
7. Melahirkan generasi penyayang

Category : edit post

MOTO SEKOLAH

Dicatat oleh PSS SMK PALONG 7 (F) On 11:48 PG

”BERUSAHA TANGGA KEJAYAAN”

Category : edit post

MISI

Dicatat oleh PSS SMK PALONG 7 (F) On 11:44 PG

  • MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI, SISTEMATIK , DAN BERKESAN.
  • MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM MELALUI AKTIVITI TERANCANG.
  • MELAHIRKAN INSAN YANG BERAKHLAK DAN BERBUDI PEKERTI MULIA MELALUI PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI.
  • MELAHIRAN INSAN YANG BERWATAK CEMERLANG DENGAN BERSENDIKAN DISIPLIN YANG TINGGI.
  • MEMBINA, MENJALIN, DAN MENGURUSKAN SEMANGAT SETIAKAWAN DAN KEKITAAN ANTARA WARGA SEKOLAH MELALUI BUDAYA PEMUAFAKATAN DAN KESERONOKAN BEKERJA

Category : edit post

VISI SEKOLAH

Dicatat oleh PSS SMK PALONG 7 (F) On 11:42 PG

SEKOLAH BERWATAK MENJELANG 2005 DAN
CEMERLANG MENJELANG 2010

Category : edit post

SEJARAH SEKOLAH

Dicatat oleh PSS SMK PALONG 7 (F) On 11:35 PG


Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (Felda) terletak 40 km ke Timur dari Bandar Seri Jempol dan 60 km dari Bandar Bahau. Sekolah ini siap dibina pada 4 Disember 1989 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada Januari 1990. Di awal pembukaannya terdapat 10 orang guru dan seorang kakitangan bukan guru dengan menerima 180 pelajar dari kawasan Felda Palong 7, 8, 9, 10, 11, 14, 15 dan 16. Terdapat 12 bilik darjah, 2 makmal, 2 bilik ERT, bengkel, pusat sumber, perpustakaan, pejabat, bilik guru dan kemudahan lain iaitu satu gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar.
Dalam tahun 1993 jumlah pelajar bertambah kepada 807 dan guru meningkat kepada 44 orang. Pada tahun 1997 secara rasminya Sekolah Menengah Palong Tujuh (F) telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (F).


Senarai pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak ianya dibuka.

Bil. Nama TarikhBerkhidmat
1 En.Ahmad bin Hussien 04.12.1989 – 28.02.1992
2 Tn. Hj. Sayuti Bin Mamat 02.03.1992 – 30.12.1997
3 En. Abu Hassan Bin Ja’alam 01.04.1998 – 30.03.1999
4 En. Nik Mohd Hassan Bin Wan Muhammad 01.04.1999 – 30.03.2004
5 En. Mustaffa Bin Mohamed 01.04.2004 – 05.01.2009

Category : edit post

LAGU SEKOLAH

Dicatat oleh PSS SMK PALONG 7 (F) On 10:29 PG

SMPT terus maju
Membina insan bermutu
Berwawasan murni, bercita-cita tinggi
Menuju kejayaan
Kami bertekad berusaha
Jadi insane yang mulia
Jasamu ku kenang
Di dalam ingatanku
SMPT berjasa
Ch : Dalam bidang kesukanan
Tanam semangat perjuangan
Agama mesti kita hayati
Bekalan esok hari
Jasmanimu dan rohani
Jadikan asas kekuatan
Agar kita terus berjaya
Untuk masa hadapan
SMPT yang ku cinta
Jasamu takkan ku lupa
Mandidik, memimpin, membentuk generasi
SMPT berjaya
SMPT berjaya...

Category : edit post

GOTONG-ROYONG PERPUSTAKAAN

Cari Blog Ini

Followers

PAUTAN